
Murid membuat pendaftaran dengan guru kelas mereka
Dif-dif jemputan, guru-guru dan murid-murid berhimpun di padang. Antara hadiran ialah Pengerusi Lembaga Pengelola En. Lai Peng Seng dan AJK PIBG
Cikgu-cikgu, staf, ibubapa dan para jemputan turut bersama memeriahkan suasana.
Murid pra-sekolah juga turut serta bersenamrobik . Seronoknya mereka.
Pendaftaran dimulakan pada 7.30 pagi. Terdapat 229 orang murid, 18 orang guru dan 12 orang dif jemputan menyertai Senamrobik 1M1S1Malaysia SJKC Rimba Panjang. Guru-guru kelas sibuk dengan kerja pendaftaran.Selain daripada penyertaan murid, guru-guru dan kakitangan sekolah , kami juga mendapat sokongan daripada pihak lembaga pengelola sekolah, ahli-ahli PIBG dan ibubapa. Tepat pukul 8.00 pagi aktiviti senamrobik pun bermula. Murid-murid menjalankan aktiviti dengan bantuan tayangan video. Aktiviti senamrobik mengambil masa selama 45 minit.
Pada pukul 9.00 pagi acara sukaneka
dijalankan sehingga pukul 10.00 pagi. Murid-murid mengikuti P&P seperti
biasa selepas waktu rehat 10.40 pagi.
No comments:
Post a Comment